BAN

BAN
Buku Pidato 4 Bahasa Aceh, Arab, Inggris dan Indonesia Bahagi Pemula

Contoh Khutbah Jum’at Lengkap


Syukri Isa Bluka Teubai

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم  الله الرحمن الرحيم.

السلام علينا والسلام على من التبع الهدى والسلامه الله عليكم ورحمة الله وبركاته.

نحمدك ياذالجلال والاكرام على من اكملت لنا من دين الاسلامى، لك الحمد ليلا ونهارا كمالك الحمد بكرة واصيلا، ولك الحمد فى العسر كمالك الحمد فى اليسر، ولك الحمد فى السراء والضراء كمالك الحمد فى النعيم والرخاء، مؤمنين بامره مسلمين بقضائه ملتمسين منه جلا وحلا وصبر على البلاء.

فنصل ونسلم على نبي الهدى والرحمة المبعوث بالكتاب والحكمة ختم النبي وامام المرشدين سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين، اشهد الااله الا الله وحده لاشريك له واشهد ان محمد عبده ورسوله لانبي بعده، ارسله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كرها المشركون، اللهم فصل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه واتباعه اجمعين، اللهم ادخلنا مدخلا صدق واخرجنا مخرج صدق وجعلنا من لدنك سلطانا نصيرا، اما بعد.

فقال سبحانه وتعالى فى القران الكريم وهو اصدق القائلين، اعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم  الله الرحمن الرحيم: سبحن الذى اسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الاقصا الذى بركنا حوله لنريه من ايتنا انه هو السميع البصير، صدق الله العظيم.

Hadirin jama’ah Jum’at yang dirahmati Allah SWT...

Sebagai seorang hamba yang berakal lagi berpikiran, yang mengetahui bahawa dunia ini diciptakan, yang mempercayai adanya sebuah wujud yang tidak mampu dilihat oleh mata namun bisa dirasai oleh badan, sudah semustinya kita harus memuja dan memuji, bersaksi serta menjunjung tinggi akan Allah SWT.

Yang senantiasa mencurahkan nikmat kasih dan rahmat sayang-Nya kepada kita semua, yang telah menciptakan segala sesuatu dari tak berwujud menjadi sebuah perwujudan yang sangat luar biasa, itulah Ia, Allah SWT yangmana Allah juga telah menciptakan manusia dengan sebaik rupa seperti pada firmannya dalam Al-Quran yang berbunyi;

لقدخلقنا الانسان فى احسن تقويم.

Dan tak lupa pula selawat besertakan salam marilah sama-sama kita do’akan kepangkuan alam yang lahirnya telah dinanti-nantikan jauh sanawatan qablah, qabla berjuang atas azas fi sabilillah, walau beliau terus dijajah berhingga harus meninggalkan kota kelahirannya Mekah, yang selalu menuntun kita dalam segala masa’alah dan musibah. Beliau iaitu baginda nabi Muhammad SAW, ia telah memberi kita contoh tauladan yang sangat baik, yang telah mengarahkan manusia kepada agama islam berhingga kita tahu siapa yang musti dan harus disembah.

Kaum muslimin jama’ah Jum’at yang dirahmati Allah...

Selama kita telah hidup di atas bumi yang penuh dengan segala cobaan, rintangan dan halangan yang mungkin sahaja semua itu tidak sedikit pun berarti apa-apa di mata-Nya, walaupun kita sebagai manusia harus berkeluh-kesah sampai meneteskan air mata dari setiap cobaan yang diberikan tuhan, tetapi bahagi-Nya itu tidaklah berati apa-apa.

Kaum muslimin jama’ah Jum’at yang disayangi Allah...

Penghormatan saya kepada tgk imum syik mesjid....

Penghormatan saya kepada ‘alim ulama baik yang mutaakh khirin maupun ulama yang mutaqaddimin.

Penghormatan saya kepada protokol yang telah memberi saya kepercayaan untuk berdiri di hadapan kaum muslimin semuanya guna untuk menyampaikan mau’idhah hasanah sekaligus membaca rukun dua Al-Khutbah.

Penghormatan saya kepada seluruh kaum muslimin dan mukminin yang telah berkenan hadir memenuhi undangan Allah SWT pada hari Jum’at yang berbahagia ini.

Baiklah, kaum muslimin jama’ah Jum’at yang diridhai Allah...

Sebelum khatib membaca rukun dua Al-Khutbah ada baiknya sejenak khatib memberikan sedikit mau’idhah hasanah guna untuk dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, yang mungkin juga mau’idhah ini akan berguna bahagi khatib sendiri, umummnya berguna untuk sekalian hadirin jama’ah Jum’at yang senantiasa dicintai, diridhai, dikasihi, dilindungi oleh Allah SWT.

Adapun khatib akan mengangkat sebuah ayat dari Al-Quran yang sudah khatib bacakan tadi, iaitu;

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم  الله الرحمن الرحيم: سبحن الذى اسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الاقصا الذى بركنا حوله لنريه من ايتنا انه هو السميع البصير. صدق الله العظيم.
(Subhanallazi asra bi’abdihi lailam minal masjidil harami ilal masjidil aqshal lazi barakna haulahu li nuriyyahu min ayatina innahu huwas sami’ul bashir).

Yangmana ayat tersebut mengingatkan kita pada sebuah peristiwa besar, iaitu peristawa;

Isra’ dan Mi’raj

Kaum muslimin yang dirahmati Allah adapun ayat di atas tersebut mempunyai makna, iaitu;

“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yang telah kami berkahi sekelilingnya, agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda kebesaran kami. Sesungguhnya Dia adalah maha mendengar lagi maha melihat.”

Dari makna ayat di atas tadi bahwasanya adalah kekuasaan Allah SWT itu nyata bahagi kita, memang kalau kita berpikir dengan kepala yang memiliki akal sehat tidaklah mungkin dalam satu malam seorang manusia biasa bisa menembus langit dan dari masjidil Haram menuju masjidil Aqsha selanjutnya ia sampai ke Sidratul Muntaha.

Sungguh tak ada kuasa akan manusia untuk meyakini kejadian tersebut tapi apa, akan kejadian itu nyata dan sudah terjadi. Begitulah Ia Allah SWT yang dengen kehendak-Nya segala sesuatu pasti akan terjadi dan jika tidak demikian Allah tidak akan menyuruh jin dan manusia ini untuk menyembah dirinya seperti dalam sebuah ayat;

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون.

Jama’ah Jum’at yang dicintai Allah...

Kita kembali lagi ke pembahasan, isra’dan mi’raj. Allah SWT memperjalankan hambanya dari masjidil haram ke mesjidil aqsha dan lalu kemudian ke sidratul muntaha iaitu untuk mengambil oleh-oleh dari-Nya, apakah hadiah yang dimaksudkan? Ya, kita semua pastilah sudah tahu akan hadiah itu, iaitu shalat/sembahyang lima waktu yangmana hadiah akan hadiah tersebut sudahkah kita memperlakukannya, menerimanya di sisi kita ini dengan baik, sudahkah demikian?

Atawa kita belum menerima pemberian terbaik itu dengan ikhlas hati, ya, tentunya di hari hari yang berlaku kita ini masih sahaja bolong-bolong dalam melaksanakan shalat dan jika memang ibadah shalat tersebut belum sempurna kita lakukan di hari hari yang sudah berlaku maka marilah semuanya mulai hari ini dan sampai ajal menjemput usia, kita mustilah melaksakan shalat lima waktu dengan sempurna.

Shalat lima waktu di dalamya terdapat tujuh belas raka’at bahagi yang sudah baligh wajiblah melaksankannya juga shalat itu merupakan rukun islam yang kedua sesudah syahadah.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah...

Bahawa shalat itu merupakan rukun islam yang kedua sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah, adapaun kalimah syahadah tersebut merupakan merupakan modal utama bahagi seorang muslim yangmana dengan mengucap kalimah tersebut menjadilah ia seorang muslim dan seorang islam yang khaffah dan di dalam shalat, setiap kali kita mendirikan shalat pastilah akan kalimah syahadah itu senantiasa kita baca diantara tahiyyat awal dan tahiyyat akhir adalah gunanya supaya manusia ini selalu dalam islam yang khaffah;

ادخل فى السلم خافة.
Masuklah kamu ke dalam agama islam yang khaffah.

ان الدينا عند الله الاسلام.
Sesungguhnya agama di sisi Allah SWT adalah agama islam. 

Maka dari itu wahai umat muslim bahawa di dalam islam tidak ada sedikitpun keraguan.

Kaum muslimin jama’ah jum’at yang diberkahi Allah SWT...

Sesudah nabi sampai ke hadapan Allah dan setelah beberapa kali pulang-pergi ke sidratul muntaha akhirnya ia menerima hadiah shalat lima waktu yangmana dalam sehari semalam berjumlah 17 raka’at, lalu kemudian ia kembali pulang dengan rasa di hati yang sangat gembira raya.

Kerana shalat itu diberi oleh Allah SWT hanya lima waktu sahaja dari sebelumnya iaitu lima puluh waktu, bayangkan jika sahaja shalat itu sampai lima puluh waktu, sungguh kita ini tidak akan bisa melakukan apa-apa hal yang lainnya. maka banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah juga perbanyak pula akan selawat kita kepada nabi Muhammad SAW.

Adapun peristiwa isra’dan mi’raj iaitu untuk menambah iman seorang hamba kepada tuhannya, jika sahaja bukan kerana iman yang ada di dalam diri, sungguh manusia tidak akan pernah percaya atas peristiwa besar yang telah terjadi kepada rasul pilihan tuhan, di waktu.

Begitu pula kita ini, janganlah sampai meninggalkan shalat kerana azab Allah itu juga nyata nantinya, juga kerana pada setiap amaran kita melaksanakannya adalah ganjarannya untuk yang melakukan begitu pula siapa sahaja yang meninggalkan amaran dan lagipula bahawa shalat itu adalah amaran dan perbuatan yang wajib, musti dilakukan oleh seorang hamba.

Mungkin hanya ini yang dapat khatib sampaikan di waktu ini mengingat juga waktu shalat jum’at sudah tiba dan setiap penyampaian yang benar yang telah khatib sampaikan tadi iaitu datangnya dari Allah SWT dan silap dan salah itu datangnya dari khatib sendiri. Kepada Allah SWT kita memohon ampunan dan kepada hadirin sekalian khatib meminta diperbanyak ma’af.

Sekarang mari kita masuki dalam rukun dua al khutbah, tolong diperbaiki apabila ada silap dan salah pada sa’at khatib membaca rukun dua al khutbah nanti supaya sah shalat jum’at kita pada hari yang berbahagia ini;

Rukun Al-Khutbah yang Pertama

الحمد لله ـ الحمد لله الذى اوجب علينا تعليم اهلنا دين الاسلام، اشهد الا اله الا الله الملك الحق المبين، واشهد ان محمدا عبده ورسوله الصادق الوعد الامين، اللهم صل وسلم وبرك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين، امابعد.

فيا عباد الله، اتق الله حق تقا ته ولا تموتن الا وانتم مسلمون، وقال الله تعالى فى القران الكريم وهو اصدق القائلين، اعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمن الرحيم: سبحن الذى اسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الاقصا الذى بركنا حوله لنريه من ايتنا انه هو السميع البصير، صدق الله العظيم.

بارك الله لى ولكم فى القران العظيم ونفعني واياكم بما فيه من الايات والذكرالحكيم، وتقبل منى ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم.

Rukun Al-Khutbah yang Kedua

الحمدلله ـ الحمدلله الذى ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولوكره المشركون، اشهد الا اله الا الله وحده لا شريك له واشهد ان محمدا عبده ورسوله لا نبي بعده، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين، اما بعد.

فيأيها الناس، اوصيكم ونفسى بتقوالله فقد فاذا المتقون، فقال الله تعالى فى القران الكريم وهو اصدق القائلين، اعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمن الرحيم: ان الله وملائكته يصلون على النبى يأيها الذين امنوا صلو عليه وسلموا تسليما.

اللهم غفر للمسلمين والمسلمات والمؤ منين والمؤ منات الاحياء منهم والاموات برحمتك يا ارحم الرحمين، اللهم اجرنا ولولدينا من النارx 3، ربنا ظلمنا انفسنا وان لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين، ربنا اتنا فى الدنيا حسنة وفى الاخرة حسنة وقناعذاب النار.

 عباد الله، ان الله يأمر با لعدل والاحسان وايتاءذى القربى وينهى عن الفخشاء والمنكر والبغي يعيضكم لعلكم تذكرون، ولذكرالله اكبر والله يعلم ما تصنعون، اقيموا الصلاة.


Writer; Syukri Isa Bluka Teubai.

Baca Juga; Contoh Rukun Dua Al-Khutbah.


Posted By; Belukar Aceh News.

Posting Komentar

2 Komentar